Friday, March 8, 2013

Petua2 untuk Menambahkan Susu Badan yang masih releven


Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. saya suka mkn bersama dgn budu. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari

Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

Pilihan 19: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

Pilihan 20: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal. 

Thursday, March 7, 2013

Pavlova oh! Pavlova

Dah lama teringin nk buat sendiri pavlova…maklumlah x pernah mkn..Cuma tgk dlm internet je…niat nk buat tu ada tp x tertunai lagi hajat tu. So minggu lepas akhirnya menjadi jugak plan nk buat pavlova. Bermula lah episod pavlova pertama ku yg sgt digemari oleh suami tersayang. x sangka rupanya senang sgt nk buat pavlova..dulu ingat susah la sgt nk buat ni sbb kena ikut betul2 arahan yg diberikan...klu x mmg mereng jdnya :)


BAHAN-BAHAN untuk membuat pavlova....

4 biji telur putih sahaja
1 cawan gula caster 
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka makanan

Topping: (Bahan ini perlu dipukul bersama)
1 Cawan Whipping Cream
1 1/2 teh gula halus
1/2 sudu teh vanila
Buah-buahan segar

AMARAN! (wahh siap ada amaran gituww) : Pastikan stand mixer or hand mixer kau tu bersih dari segala jenis macam habuk dan minyak. Supaya tak effect apa-apa dekat meringue tu nanti. Telur tu guna putih telur sahaja ok. Jangan ada secoet pon kuning telur yang masuk. Sebab nanti tak jadi "meringue", kau pulak yang mereng karang. kehkeh

Untuk topping:
1/2 cawan whipping cream
Masa aku buat ni aku guna 1 cawan whipping cream, tapi macam melimpah ruah sangat krim nya. So guna 1/2 cawan tu kira ok lah. Whipping cream ni boleh beli dekat kedai kek. Harga nya jauh lebih murah daripada dekat pasaraya. Aku suka gila whiiping cream brand atas ni sebab rasa dia macam ice cream. Kalau guna whipping cream brand atas ni, tak payah guna gula dah. Sebab dia dah manis. Tapi kalau guna whipping cream yang tawar tu, boleh tambah 1/2 cawan gula icing
Buah-buahan segar. Aku guna strawberi, blueberry & anggur je sbb itu je yg tggl dlm peti ais.  tapi boleh je nak letak mangga ke, apa-apa yg korang suka tapi  rasa..lebih elok guna buah yang masam-masam sikit
untuk selarikan rasa meringue yang manis dan topping - whipped cream itu....

Cara-cara nak buat pavlova:
First of all puan-puan dan tuan-tuan, pukul 4 biji putih telur guna stand mixer/hand mixer. Pukul sampai kembang dan berbuih-buih macam sabun nak mandi dalam bath tub :D
Masuk kan gula sedikit demi sedikit. Dah masuk sikit, pukulllll. Dah masuk sikit, pukullll lagi. Sampai lah habis gula tu
Pukul sampai "meringue" tu jadi putih berkilat macam gambar dekat atas ni haa. Kalau nak tahu dah jadi ke tak. Cuba tuang adunan ni letak atas kepala, kalau tak jatuh "meringue" tu kira jadik dah lah tu. Tonggengkan adunan je sudah kalau nak tahu dah jadi ke tak. Tapi kalau ada yang nak tonggengkan atas kepala pon bolehhhh jugak :D
Masuk tepung jagung,cuka dan esen vanilla dalam adunan. Dan kacau laju-laju guna spatula. Jangan guna senduk kari pulak. Guna spatula
Ambil loyang letak baking paper. Buat bulatan atas baking paper tu, lepas tu terbalik kan kertas tu
Boleh letak "meringue" tu atas baking paper
Panas kan oven dengan suhu 150C dalam 15 minit. Then turunkan suhu kepada 140C. Bakar selama 1jam-1jam 15 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing jugak)
AMARAN! ( Amaran lagi) : Dah masak pavlova tu, jangan terus keluarkan pavlova tu daripada dalam oven tu ok. Biar kan pavlova tu sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven tu bagi pavlova tu sejuk. Dah sejuk pavlova tu dalam oven, baru boleh keluarkan

Pukul whipping cream tu bagi kental. Ambil spatula sapukan atas "meringue" tu.

Selepas di tacap tacap dengan whipping cream. Tengok! betapa tinggi nya whiiping cream aku. So kurangkan lah 1/2 cawan whipping cream. Sebab bila dah pukul dan kental tu. Whipping Cream nya kembang

Taburkan je buah-buah yang dipotong tadi. Masuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi heaven!

Rasa pavlova ni manis. Luar dia rasa macam crispy crunchy. Dekat dalam tu, lembut je rasa macam marshmallow.Tapi bila combine dengan whipping cream dengan buah strawberi/kiwi tu memang rasa nya superb lah! Manis vs masam.  Haaa boleh bayang tak rasa dia macam mana?

Letak je dekat meja makan. Habis licinnnnnnnnnn bila makan seisi keluarga. Esok nya buat lagi sebijik. Sekali sekala feeling feeling minah saleh sikit bila makan kek omputeh ni.

Mencari milk booster


sejak pump kesayangan rosak tak tau apa punca tiba2 suction dia tak nak berfungsi. kena lah hantar balik kat supplier urk repair. berbulan jugak lah pump duduk kat dlm workshop. selepas 2 bln chase supplier tanya dah siap repair ke. katanya x ada apa yg rosak. so dah malas nk tggu lama2 suruh supplier hantar balik. berbalik kepada sesi pump susu dah lari sebab pakai Medela FS x sama dgn pakai manual. jenuh jugak lah nk pump dgn masa yg sangat terhad, tambah pula Team Lead yg jenis x pernah nk faham. dari dapat 10oz setiap kali pump. turun memdadak ke 5oz je sekali pump. sekarang ni stok dah kritikal.  dah mcm2 ikhtiar utk tambah susu balik. dah tray red date + longan kering tp maintain mcm tu gak susu yg kuar masa pump. try ambik minyak Habbatul sauda  + madu. kulit muka je bertambah licin tp susu msh tahap yg sama bila pump. hari ni decide nk ambik produck Shaklee set penyusuan 3M. harap2 dapat kesan yg memberangsangkan. set yg perlu diambil utk milk booster ialah seperti dibawah : 





Tips untuk menambah susu badan : 


1. Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang. 


2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu. 


3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi. 


4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan. 


5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu. 


6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal. 


7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu. 


8. Boleh mengambil supplement untuk emnjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi.



Wednesday, January 2, 2013

New year with new mood (welcome 2013) : Special Lunch : ketam masak cili kering dengan telor masin

Setiap org mesti ada azam masing2 kan. aku mulai tahun baru dgn masak makanan yg x pernah aku masak sebelum ini. dah lama sebenarnya mengidam nk masak ketam sendiri. selalunya kalau pergi ke pasaraya NSK..x terlintas pun nk beli ketam memandangkan harganya pun blh tahan mahalnya. entah mengapa..semalam rezeki keluargaku dpt makan ketam. hasilnya...suamiku makan dgn sepenuh hati...sampai dah x pandang kiri kanan :)

Resepi ketam masak cili kering dengan telor masin

4 ekor ketam  di siang dan bersihkan
kukus ketam

5 biji cili merah besar
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
kisar semuanya

1 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
3 tangkai daun kari lurut ambil daunnya

5 biji telur masin dihancurkan
3 sudu makan susu cair
1 sudu tepung beras
campur semua

cara2 masak
- celup ketam yang dah dikukus dalam campuran telur masin dan goreng sebentar
   buat sampai habis dan ketepikan
- tumis serai dan halia, masukkan bahan kisar tumis sampai garing
- masukkan daun kari
- masukkan lebihan bancuhan telur masin kacau rata
- masuk perasa dan sedikit gula, jangan berani2 tambah garam kang masin
- masukkan ketam yang digoreng tadi dan gaul rata dengan bahan tumisan
   kalau kering sangat boleh tambah air
   dah masak hidangkan dan makan