BAHAN-BAHAN untuk membuat pavlova....
4 biji telur putih sahaja
1 cawan gula caster
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka makanan
Topping: (Bahan ini perlu dipukul bersama)
1 Cawan Whipping Cream
1 1/2 teh gula halus
1/2 sudu teh vanila
Buah-buahan segar
4 biji telur putih sahaja
1 cawan gula caster
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka makanan
Topping: (Bahan ini perlu dipukul bersama)
1 Cawan Whipping Cream
1 1/2 teh gula halus
1/2 sudu teh vanila
Buah-buahan segar
AMARAN! (wahh siap ada amaran gituww) : Pastikan stand mixer or hand mixer kau tu bersih dari segala jenis macam habuk dan minyak. Supaya tak effect apa-apa dekat meringue tu nanti. Telur tu guna putih telur sahaja ok. Jangan ada secoet pon kuning telur yang masuk. Sebab nanti tak jadi "meringue", kau pulak yang mereng karang. kehkeh
Untuk topping:
1/2 cawan whipping cream
Masa aku buat ni aku guna 1 cawan whipping cream, tapi macam melimpah ruah sangat krim nya. So guna 1/2 cawan tu kira ok lah. Whipping cream ni boleh beli dekat kedai kek. Harga nya jauh lebih murah daripada dekat pasaraya. Aku suka gila whiiping cream brand atas ni sebab rasa dia macam ice cream. Kalau guna whipping cream brand atas ni, tak payah guna gula dah. Sebab dia dah manis. Tapi kalau guna whipping cream yang tawar tu, boleh tambah 1/2 cawan gula icing
Buah-buahan segar. Aku guna strawberi, blueberry & anggur je sbb itu je yg tggl dlm peti ais. tapi boleh je nak letak mangga ke, apa-apa yg korang suka tapi rasa..lebih elok guna buah yang masam-masam sikit
untuk selarikan rasa meringue yang manis dan topping - whipped cream itu....
Cara-cara nak buat pavlova:
First of all puan-puan dan tuan-tuan, pukul 4 biji putih telur guna stand mixer/hand mixer. Pukul sampai kembang dan berbuih-buih macam sabun nak mandi dalam bath tub :D
Masuk kan gula sedikit demi sedikit. Dah masuk sikit, pukulllll. Dah masuk sikit, pukullll lagi. Sampai lah habis gula tu
Pukul sampai "meringue" tu jadi putih berkilat macam gambar dekat atas ni haa. Kalau nak tahu dah jadi ke tak. Cuba tuang adunan ni letak atas kepala, kalau tak jatuh "meringue" tu kira jadik dah lah tu. Tonggengkan adunan je sudah kalau nak tahu dah jadi ke tak. Tapi kalau ada yang nak tonggengkan atas kepala pon bolehhhh jugak :D
Masuk tepung jagung,cuka dan esen vanilla dalam adunan. Dan kacau laju-laju guna spatula. Jangan guna senduk kari pulak. Guna spatula
Ambil loyang letak baking paper. Buat bulatan atas baking paper tu, lepas tu terbalik kan kertas tu
Boleh letak "meringue" tu atas baking paper
Panas kan oven dengan suhu 150C dalam 15 minit. Then turunkan suhu kepada 140C. Bakar selama 1jam-1jam 15 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing jugak)
AMARAN! ( Amaran lagi) : Dah masak pavlova tu, jangan terus keluarkan pavlova tu daripada dalam oven tu ok. Biar kan pavlova tu sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven tu bagi pavlova tu sejuk. Dah sejuk pavlova tu dalam oven, baru boleh keluarkan
Pukul whipping cream tu bagi kental. Ambil spatula sapukan atas "meringue" tu.
Selepas di tacap tacap dengan whipping cream. Tengok! betapa tinggi nya whiiping cream aku. So kurangkan lah 1/2 cawan whipping cream. Sebab bila dah pukul dan kental tu. Whipping Cream nya kembang
Taburkan je buah-buah yang dipotong tadi. Masuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi heaven!
Rasa pavlova ni manis. Luar dia rasa macam crispy crunchy. Dekat dalam tu, lembut je rasa macam marshmallow.Tapi bila combine dengan whipping cream dengan buah strawberi/kiwi tu memang rasa nya superb lah! Manis vs masam. Haaa boleh bayang tak rasa dia macam mana?
Letak je dekat meja makan. Habis licinnnnnnnnnn bila makan seisi keluarga. Esok nya buat lagi sebijik. Sekali sekala feeling feeling minah saleh sikit bila makan kek omputeh ni.

No comments:
Post a Comment